Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum & Selepas Memandikan Jenazah
Pendahuluan
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya
Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah :

- Urusan
di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu
meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari
doktor.
- Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
- Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
- Urusan menggali kubur.
- Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
- Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
- Ucapan takziah.
Syarat Mandi (ke atas mayat)
- Beragama Islam.
- Ada bersifat manusia.
- Ada tubuh manusia walaupun sebahagian daripadanya (ada mayat).
- Bukan mati syahid yang menegakkan kesucian Islam.
Syarat Ke atas Orang Hendak Memandikan Mayat
- Beragama Islam.
- Bukan musuh.
- Orang dewasa.
- Merdeka.
- Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
- Sabar.
- Tabah dan berani.
- Beramanah.
Rasulullah saw bersabda :
“Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”.
Peralatan Dan Persiapan Mandi
“Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”.
Peralatan Dan Persiapan Mandi
- Tempat mandi/bilik mandi/tabir.
- Kain basahan dan tuala mandi.
- Air sabun – 1 baldi.
- Air cendana dan air kapur barus – 1 ceret.
- Sarung tangan.
- Kain sugi – 5 & 6 helai.
- Kain sugi – 7 & 9 gulung.
- Air daun bidara – 1 baldi.
- Kemeyan/setanggi sekiranya diperlukan.
- Pencebok atau gayung secukupnya.
- Tanah untuk tayammum.
Cara Memandikan Jenazah
Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Cara-caranya ialah :

- Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan.
- Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis.
- Bersihkan
najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut serta menekan
perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran yang ada dan
membersihkannya. Niat beristinjak : “Sahaja aku beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”.
- Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk : “Sahaja aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah taala”.
- Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah (hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.
- Setiap
anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah mengatakan
ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab. Rasulullah
bersabda mafhumnya : “Mulakan dengan memandikan bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”. (Riwayat Al-Bukhari).
- Setelah
dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak sebanyak 3
kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan mandian menjadi 5
atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda : “Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh kali atau lebih jika kamu pandang perlu”.
- Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana.
Beberapa Peringatan
- Ketika membasuh di sebelah kanan. “Ampunkanlah dia wahai tuhan dan kepada Engkaulah tempat kembali”.
- Ketika membasuh di sebelah kiri. “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”.
- Ketika mencurah air kapur barus (diakhir mandi jenazah). “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”.
- Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat dengan niat “Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat kerana Allah Taala”. Begitu juga dengan orang yang mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya.
- Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. “Dengan
nama Allah yang tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan
di langit. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”.
Permasalahan
- Mayat lelaki atau perempuan dalam keadaan janabah (Berhadas besar) tidak dituntut mandi lagi kerana mandi mayat sudah memadai.
- Jika
di dapati keluar najis atau darah setelah sempurna dimandikan memadai
dibersihkan sahaja darah atau najis tersebut. Jika berlarutan keluarnya
diikat dan dibalut dengan kapas atau kain.
- Jika
rambut, kulit atau lainnya yang tanggal dari anggota badannya, wajib
diambil dan dibasuh kemudian kapankan bersama-sama jasadnya.
- Jika
didapati mayat di dalam sungai atau lombong yang sudah berubah atau
reput, maka boleh kita selamkan semula mayat itu dalam 1 atau 2 minit
dengan niat memandikan mayat (kira-kira meratakan air di seluruh
anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika tidak ada najis di badannya.
- Keguguran
mengikut Imam Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur dalam kandungan 6
bulan lahzah. Manakala bayi yang tidak cukup bulan ialah berumur 6 bulan
lahzah ke bawah.
- Keguguran
bayi cukup bulan, wajib disempurnakan empat perkara sepertimana jenazah
orang dewasa iaitu mandi, kafan, sembahyang dan kebumikan.
- Keguguran
bayi yang tidak cukup bulan : Jika keguguran itu ada tanda-tanda hidup
seperti bersuara atau bergerak wajib disempurnakan sepertimana jenazah
orang-orang dewasa (mandi, kafan, sembahyang dan di kebumikan). Jika
keguguran itu tidak ada tanda-tanda hidup wajib disempurnakan tiga
perkara sahaja iaitu mandi kafan dan kebumikan dengan tidak perlu
disembahyangkan. Jika keguguran itu seketol darah dan belum bersifat
manusia, sunat dibungkuskandengan kain lalu ditanamkan sahaja.
- Mayat
kanak-kanak yang lahir, mati sebelum dipotong urinya. Sebelum
dimandikan hendaklah dipotong urinya terlebih dahulu, kerana uri itu
bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan dari anggota ibunya. Uri
itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah sembahyang keatas kanak-kanak
tersebut. Potong uri tidak dinamakan menyiksa mayat. Haram dimandikan, disembahyangkan dan ditanam uri bersama kanak-kanak tersebut. Uri perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja.
- Mengkebumikan
mayat wanita mengandung. Diakui oleh doktor perubatan atau bidan yang
anak dalam kandungan itu telah mati, baru boleh dikebumikan. Haram
membelah perut ibu untuk mengeluarkan mayat anaknya di dalam kandungan.
Sekiranya disahkan oleh doktor perubatan atau bidan, anak dalam
kandungan masih hidup hendaklah dibelahkan perut ibunya untuk
menyelamatkan anaknya.
Tayammum Dari Aspek Keadaan Mayat
Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti daripada mandi mayat dan anggota yang tidak dapat kena air.
Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti daripada mandi mayat dan anggota yang tidak dapat kena air.
- Mayat yang harus ditayammum : Kerana ketiadaan air, mayat harus ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : “Jika kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum”.
(An-Nisa : 43). Mayat yang terlalu uzur (mati terbakar) kalau
dimandikan hancur dagingnya. Mayat lelaki atau perempuan yang meninggal
tempat yang terpencil yang susah mendapatkan air mutlak. Rasulullah saw
bersabda mafhumnya : “Jika seorang
wanita meninggal di lingkungan lelaki hingga tidak ada wanita lain, atau
lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana tidak ada lelaki lain, maka
hendaklah mayat tersebut ditayammumkan lalu dimakamkan kedua mereka itu
sama halnya dengan yang tidak mendapatkan air”. Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan. Mayat yang reput atau hancur.
- Niat Tayammum “Sahaja aku tayammumkan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.
Jenazah Yang Tidak Perlu dimandikan Atau Ditayammumkan
Orang yang mati di medan pertempuran kerana menegakkan agama Allah dari musuh yang bukan Islam. Dari Jabir Bin Abdullah berkata mafhumnya :
“Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-Bukhari)
Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi

- Meniarapkan mayat.
- Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik.
- Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat.
- Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam, berubah baunya dan sebagainya
No comments:
Post a Comment