Awas! Syi'ah Mencerca Sahabat Nabi
Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com
Imam Abu Ya’qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi’i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi’i:
أصلي خلف الرافضي؟ قال: لا تصل خلف الرافضي، ولا القدري، ولا المرجئ. قلت: صفهم لنا
“Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?”
Imam asy-Syafi’i berkata, “Jangan bersolat di belakang orang Syi’ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji’ah.”
Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?
قال: من قال: الايمان قول، فهو مرجئ، ومن قال: إن أبا بكر وعمر ليسا بإمامين، فهو رافضي، ومن جعل المشيئة إلى نفسه، فهو قدري
Jawab
imam asy-Syafi’i, “Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan
maka dia adalah pengikut murji’ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan
‘Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi’ah Rafidhah. Dan sesiapa yang
mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata
maka dia adalah pengikut qadariyah.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam Al-Nubala
10/31)
Imam
Harmalah B. Yahya (Wafat: 243H) dan Imam ar-Rabi’ B. Sulaiman al-Muradi
rahimahumallah (Wafat: 270H) berkata, “Aku mendengar imam asy-Syafi’i
berkata:
لم أر أحدا أشهد بالزور من الرافضة
“Aku
tidak pernah melihat seorang pun yang mana aku benar-benar bersaksi
akan kebohongannya melainkan dari kaum Syi’ah Rafidhah.”.” (Manaaqib
asy-Syafi’i, 1/468. Siyar A’lam an-Nubala’, 10/89)
Yunus
B. ‘Abdul A’la rahimahullah (Wafat: 264H) berkata, “Aku mendengar imam
asy-Syafi’i apabila disebut nama Syi’ah rafidhah, beliau pun mencela
mereka sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa mereka adalah
seburuk-buruk golongan.” (al-Baihaqi, Manaaqib asy-Syafi’i, 1/468 – Daar
at-Turaats)
Ramai
tidak menyedari hakikat ini kenapa para ulama ahli sunnah wal-jama’ah
termasuk imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) sampai mengatakan
perkataan yang begitu keras terhadap golongan Syi’ah rafidhah.
Sebenarnya
jika kita teliti dengan baik-baik, nescaya kita akan lihat betapa
buruk, keji, dan dustanya kaum Syi’ah ini. Mereka adalah seburuk-buruk
ahli bid’ah di mana mereka menjadikan perbuatan laknat ke atas para
sahabat Rasulullah sebagai sebahagian dari bentuk ibadah mereka.
Kemudian mereka menjadikan sikap dusta yang dahsyat atas nama agama
Islam dan syi’ar iman!
Sikap Ahli Sunnah Terhadap Para Sahabat
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَالسَّابِقُونَ
الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ
بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ
جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ
الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Orang-orang
yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat)
dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka
dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada
Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai
mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.”
(Surah at-Taubah, 9: 100)
Dengan
ayat ini ahli sunnah wal-jama’ah menjadikan para sahabat ridhwanullah
‘alaihim ajma’in sebagai generasi manusia terbaik dan teladan yang
diikuti pegangan agamanya. Daripada para sahabatlah ayat-ayat al-Qur’an
dan hadis-hadis Nabi yang mulia ditafsirkan dan difahami oleh ahli
sunnah wal-jama’ah sehingga ke hari ini. Termasuk janji Allah bagi
orang-orang yang mengikuti para sahabat dengan baik adalah Syurga yang
kekal abadi sebagaimana dijelaskan ayat Allah ini.
Imam Abu Bakr al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H) berkata:
والترحم
على أصحاب محمد كلهم، فإن الله عز وجل قال: وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ
بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ
سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ. فلم يؤمر إلا بالإستغفارٍ لهم، فمن يسبهم أو
ينقصهم أو أحداً منهم، فليس على السُنَّة
“Termasuk
prinsip ‘aqidah ahli sunnah wal-jama’ah adalah mendoakan rahmat ke atas
seluruh sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kerana
sesungguhnya Allah berfirman:
“Dan
orang-orang yang datang setelah mereka (Muhajirin dan Anshar) mereka
berdoa, “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami. Dan
janganlah Engkau jadikan ada dengki dalam hati kami terhadap orang-orang
yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut
lagi maha Penyayang.” (Surah al-Hasyr, 59: 10)
Kita
tidaklah diperintahkan melainkan dengan memintakan ampun untuk mereka.
Dengan itu, sesiapa yang mencela dan menghina mereka atau salah seorang
daripada mereka, maka dia sebenarnya tidak berada di atas sunnah...”
(al-Humaidi, Ushulus Sunnah, no. 3. Fawwaz Ahmad Zamarli, ‘Aqaa’id
A’immatis Salaf, m/s. 153-154 – Daar al-Kitab al-‘Arabi, Cet. 1, Beirut)
Seluruh
ahli sunnah wal-jama’ah menegaskan agar para sahabat dihormati dan
dicintai. Ini antaranya disebutkan oleh imam Abu Ja’far ath-Thahawi
rahimahullah (Wafat: 321H):
وَنُبْغِضُ
مَنْ يُبْغِضُهُمْ، وَبِغَيْرِ الْخَيْرِ يَذْكُرُهُمْ. وَلَا
نَذْكُرُهُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ. وَحُبُّهُمْ دِينٌ وَإِيمَانٌ وَإِحْسَانٌ،
وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ وَنِفَاقٌ وَطُغْيَانٌ
“Ahli
Sunnah wal-Jama’ah membenci orang-orang yang membenci para sahabat Nabi
dan orang-orang yang memanggil para sahabat Nabi dengan perkataan yang
buruk, dan kita tidak memanggil para sahabat Nabi melainkan dengan
perkataan yang baik. Mencintai mereka adalah sebahagian dari agama,
keimanan, dan ihsan. Manakala membenci mereka adalah sebahagian dari
kekufuran, kemunafikan, dan kezaliman.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah
al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, m/s. 689 – Mu’assasah ar-Risalah)
Ini bersesuaian sekali dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
لاَ
تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ
مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
“Janganlah
kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya
sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung
Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang
diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan
sama.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3673. Muslim, Bab: Larangan
Mencela Para Sahabat, no. 2541)
Syi'ah Mencerca Sahabat Nabi!
Apa
yang ditegaskan oleh al-Qur’an, al-hadis, dan para ulama ahli sunnah
wal-jama’ah begitu jauh berbeza dengan apa yang diimani oleh kaum sesat
Syi’ah Rafidhah. Di sisi Syi’ah, mencela para sahabat Nabi adalah
termasuk sebahagian dari tanda-tanda keimanan.
Ini
semua dapat kita lihat berdasarkan nukilan-nukilan penting dari
kitab-kitab Syi’ah yang dibongkar oleh para ulama ahli sunnah
wal-jama’ah sama ada yang terdahulu atau terkini. Syi’ah tidak pernah
berubah bahkan semakin melampau.
Kata
Salah seorang tokoh Imam Syi’ah yang tidak asing lagi, iaitu Muhammad
Baqir al-Majlisi (Wafat: 1110H). Beliau berkata dalam rangka menjelaskan
pegangan (aqidah) mereka terhadap para sahabat Nabi:
وعقيدتنا
في التبرؤ: أننا نتبرأ من الأصنام الأربعة: أبي بكر وعمر وعثمان ومعاوية،
ومن النساء الأربع: عائشة وحفصة وهند وأم الحكم، ومن جميع أشياعهم
وأتباعهم، وأنهم شر خلق الله على وجه الأرض، وأنه لا يتم الإيمان بالله
ورسوله والأئمة إلا بالتبرؤ من أعدائهم
“‘Aqidah
kami dalam soal berlepas diri adalah: Kami berlepas diri dari empat
berhala, iaitu Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan Mu’awiyah, dan juga dari
empat orang wanita, iaitu ‘Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam,
serta seluruh penolong dan para pengikut mereka. Sesungguhnya mereka
adalah makhluk Allah yang paling buruk di permukaan bumi ini. Dan
tidaklah sempurna keimanan kepada Allah, Rasul, dan para imam melainkan
setelah berlepas diri dari musuh-musuh mereka.” (al-Majlisi, Haqqul
Yaqin, m/s. 519. Kitab asal berbahasa Parsi, dicetak dan diterbitkan di
Tehran. Didedahkan oleh Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili dan Syaikh
Muhammad ‘Abdus Sattar at-Tunisiawi)
Kata beliau lagi:
إنَّ أبا بكر وعمر كانا كافرين، الذي يحبهما فهو كافر أيضاً
“Sesungguhnya
Abu Bakar dan ‘Umar adalah kafir, orang-orang yang mencintai mereka
berdua juga adalah kafir.” (al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m/s. 522)
Lebih
awal dari itu, Abu Ja’far Muhammad B. Ya’qub al-Kulaini (Wafat: 328H)
seorang tokoh terkenal yang dinobatkan sebagai ulama hadis terpercaya
kalangan Syi’ah, beliau berkata dalam kitabnya, al-Kaafi:
“Sebaik
kewafatan Nabi, seluruh manusia (dari kalangan sahabat Nabi) mereka
semua telah murtad kecuali hanya tiga orang, iaitu Miqdaad B. Aswad, Abu
Dzar al-Ghifari, dan Salman al-Farisi.” (ar-Raudhah minal Kaafi, 8/245.
Dinukil dari kitab Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah
karya Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili, m/s. 42)
Perkara
ini turut disebutkan oleh tokoh terkemuka Syi’ah yang lain iaitu
al-Kisyi dalam kitab beliau, Rijal al-Kisyi m/s. 12-13 sebagaimana
dikemukakan oleh Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah dalam
asy-Syi’ah was Sunnah.
Al-Kulaini juga turut menukil atas nama ‘Ali b. Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu secara dusta dengan mengatakan ‘Ali telah berkata:
“Sesungguhnya
para pemimpin sebelumku (Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Utsman) telah melakukan
perbuatan-perbuatan yang menentang Rasulullah. Mereka sengaja menentang
beliau, membatalkan janji beliau, dan mengubah sunnah beliau.”
(ar-Raudhah, m/s. 59 – Diterbitkan di Tehran. Didedahkan oleh Dr. Ihsan
Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah was Sunnah)
Al-Mulla
al-Kazhim yang juga tokoh Syi’ah terkenal, beliau membawakan sebuah
riwayat dusta yang disandarkan atas nama Zainul Abidin rahimahullah dan
nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kata beliau:
من
لعن الجبت والطاغوت ويعنون بهما: أبا بكر وعمر لعنة واحدة كتب الله له
سبعين ألف ألف حسنة، ومحا عنه ألف ألف سيئة، ورفع له سبعون ألف ألف درجة،
ومن أمسى يلعنهما لعنة واحدة كتب له مثل ذلك
“Sesiapa
yang melaknat al-Jibt (Abu Bakr) dan Thaghut (‘Umar) satu kali maka
Allah akan berikan kepadanya 70 ribu kebaikan, akan menghapuskan
darinya ribuan kejahatan (dosa), dan akan mengangkat darjatnya sebanyak
70 ribu darjat. Dan sesiapa yang melaknat mereka berdua satu kali di
waktu petang hari, maka Allah akan berikan kepadanya ganjaran yang sama
dengannya.”
Kemudian beliau juga menyebutkan:
من
لعنهما لعنة واحدة في كل غداة لم يكتب عليه ذنب في ذلك اليوم حتى يمسي،
ومن أمسى لعنهما لعنة واحدة لم يكتب عليه ذنب في ليلة حتى يصبح
“Sesiapa
yang melaknat mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar) satu kali di waktu
pagi maka dosanya tidak akan dicatat sehingga petang hari. Dan sesiapa
yang melaknat mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar) satu kali di waktu
petang maka dosanya tidak akan dicatat sehingga keesokan paginya.”
(Mulla Kazhim, Ajma’ al-Fadhaih, m/s. 513. Lihat: Ihsan Ilahi Zhahir,
asy-Syi’ah wa Ahlul Bait, m/s. 157 – Idarah Turjuman as-Sunnah. Ibrahim
ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah, m/s. 44 -
Daar al-Imam Ahmad)
Syaikh Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili hafizahullah mengulas perkara ini dengan katanya:
وقد
بلغ من حقد هؤلاء الرافضة على الصحابة وشدة حنقهم عليهم أنهم يتقربون إلى
الله بلعنهم، بل لهم دعاوى في فضل ذلك ومبالغات تفوق الوصف
“Kebencian
Syi’ah rafidhah dan kemurkaan mereka terhadap para sahabat sungguh
teramat-amat melampau. Sampai mereka menjadikannya sebagai sebahagian
dari bentuk-bentuk taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah dengan
melaknat para sahabat. Malah mereka memiliki dakwaan yang berlebihan
tentang keutamaan perbuatan mereka tersebut.” (Ibrahim ar-Ruhaili,
Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah, m/s. 44 – Daar
al-Imam Ahmad)
Inilah
bentuk-bentuk kebencian dan permusuhan Syi’ah terhadap Islam. Mereka
menjadikan perbuatan laknat ke atas para sahabat Nabi yang mulia sebagai
zikir harian mereka. Sampai dalam solat-solat mereka pun para sahabat
nabi habis dilaknat oleh mereka! Manakala isteri-isteri Nabi pula
dizikirkan sebagai pelacur. Di antara kitab-kitab mereka yang menyentuh
kehormatan isteri-isteri Nabi adalah seperti al-Ihtijaj karya
ath-Thibrisi, Ikhtiyar Marifat ar-Rijal oleh ath-Thusi, Bihar al-Anwar
oleh Al-Majlisi, dan beberapa lagi selainnya.
Mereka
antaranya mengemukakan isteri-isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam adalah golongan pelacur dan penzina terutamanya ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha. (al-Ihtijaj karya ath-Thibrisi, m/s. 2 – Terbitan
Tehran. Didedahkan oleh Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah
was Sunnah)
Semoga Allah memberi balasan buruk atas keceluparan dan kekejian mereka.
Kemudian
kita lihat pula pendirian dan ‘aqidah tokoh Syi’ah yang banyak menjadi
rujukan dan pujaan pada zaman ini, iaitu Sayyed Ruhullah Musavi Khomeini
atau lebih dikenali sebagai Khomeini (Wafat: 1989M). Beliau ditokohkan
bukan oleh golongan Syi’ah semata-mata, tetapi juga oleh kebanyakan dari
kalangan aktivis pergerakan Islam yang jahil.
Ramai
yang tidak tahu betapa jelasnya permusuhan Khomeini terhadap para
sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terutama kepada Abu Bakar,
‘Umar, ‘Utsman dan Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhum. Kata Khomeini:
بعد
رحلة الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم لم يسمح المعاندون وبنو
أمية لعنهم الله باستقرار الحكومة الإسلامية بولاية علي بن أبي طالب عليه
السلام. لم يسمحوا بتحقق الحكومة التي كانت مرضية عند الله تعالى وعند
الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم وفي النتيجة بَدَّلوا أساس
الحكومة
“Setelah
kewafatan Rasul yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa Alihi wa Sallam dari
kalangan penentang (iaitu para sahabat) dan Bani Umayyah, semoga laknat
Allah atas mereka. Mereka tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di
bawah pemerintahan ‘Ali B. Abi Thalib ‘alaihis Salam. Mereka tidak
membenarkan terlaksananya kerajaan yang diredhai Allah dan Rasul yang
mulia Shallallahu ‘alaihi wa Alihi wa Sallam dan natijahnya mereka pun
mengubah asas kerajaan (pemerintahan).” (Khomeini, al-Hukumah
al-Islamiyah, m/s. 60)
Beliau juga turut mencerca sahabat Nabi, Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu sebagai pemerintah yang zalim:
وهكذا
تكون حكومة العدل الإسلامية، فهي ليست كتلك الحكومات التي تسلب الشعب
الأمن، وتجعل النّاس يرتجفون في بيوتهم خوفاً من مفاجآتها وأعمالها. كما
كان الأمر في حكومة معاوية وأمثالها من الحكومات، حيث سلب النّاس الأمن
“Dan
demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan
kerajaan-kerajaan yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka
takut berada dalam rumah mereka sendiri dari serangan pegawai-pegawai
kerajaan seperti kerajaan Mu’awiyah dan yang seumpamanya dari
kerajaan-kerajaan yang menghilangkan keamanan rakyat.” (Khomeini,
al-Hukumah al-Islamiyah, m/s. 60)
Syaikh Prof. Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili hafizahullah menyentuh tentang sikap kaum Syi’ah ini dengan katanya:
وللرافضة
في الطعن في أصحاب النبي أقوالٌ كثيرةٌ ومجازفاتٌ عظيمةٌ لا يعرفها إلا من
اطلع على كتبهم، وقد ذكرت طائفةٌ منها في كتاب الانتصار للصحب والآل
“Perkataan
kaum Syi’ah Rafidhah dalam bab mencela para sahabat Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam terlalu banyak dan kedustaan mereka sangat besar.
Perkara tersebut tidak akan diketahui melainkan bagi orang-orang yang
membaca kitab-kitab mereka, dan aku telah sebutkan sedikit dari
perkataan mereka dalam kitab al-Intishaar li ash-Shahbi wal Aal.”
(Ibrahim ar-Ruhaili, Mahdhu al-Ishabah fii Tahrir ‘Aqidah Ahlis Sunnah,
m/s. 44 – Daar al-Imam Ahmad)
Apa
yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Syi’ah ini antaranya adalah dalam
rangka mengajak manusia membenci sumber utama Islam, iaitu al-Qur’an dan
as-Sunnah. Apabila para sahabat Nabi berjaya mereka doktrinkan sebagai
kafir dan munafiq, nescaya lenyaplah apa yang mereka bawa kepada kita
hari ini berupa al-Qur’an dan as-Sunnah.
Sikap
sebenar Syi’ah ini sukar dikesan oleh orang awam yang tidak memiliki
maklumat yang tepat tentang Syi’ah. Ini kerana Syi’ah mengamalkan sikap
taqiyah (berpura-pura). Mereka juga turut terkenal berdusta atas nama
Allah, Rasulullah, dan Ahlul Bait.
Tokoh
mereka al-Kulaini mengatakan, “Taqiyah (kepura-puraan) adalah agamaku
dan agama nenek moyangku. Sesiapa yang tidak betaqiyah, ia tidak
memiliki iman.” (al-Kafi minal Ushul, bab Taqiyah, 2/219. Didedahkan
oleh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir dalam asy-Syi’ah was Sunnah)
Demikianlah
apa yang diungkapkan oleh kaum Syi’ah dalam hati-hati dan aqidah mereka
yang sebenar berkaitan sahabat-sahabat Nabi. Sedangkan para sahabat
Nabi yang mereka cela dan cerca itu sebahagian besarnya telah dipuji
Allah dalam al-Qur’an, bahkan disebutkan secara jelas oleh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan janji Syurga.
Berikut kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
أبُو
بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ، وَعُثْمَانُ فِي
الْجَنَّةِ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ،
وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في
الْجَنَةِ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ، وَسَعِيدُ بْنُ
زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ
الْجَنَّةِ
“Abu
Bakar dalam Syurga, ‘Umar dalam Syurga, ‘Utsman dalam Syurga, ‘Ali
dalam Syurga, Thalhah dalam Syurga, al-Zubair dalam Syurga, ‘Abdul
Rahman B ‘Auf dalam Syurga, Sa’ad B. Abi Waqqash dalam Syurga, Sa’id B.
Zaid dalam Syurga, Abu ‘Ubaidah al-Jarah dalam Syurga.” (Hadis Riwayat
at-Tirmidzi, no. 3747. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu pula:
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا وَاهْدِ بِهِ
“Ya
Allah, jadikanlah dia (Mu’awiyah) sebagai orang yang membimbing kepada
kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia
sebagai penyebab hidayah.” (Hadis Riwayat at-Tarmizi, no. 3842)
Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Mu’awiyah termasuk kelompok raja terbaik.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 3/159)
Karya Bongkar Syi'ah
Untuk
melihat lebih banyak pendedahan tentang sikap keji Syi’ah rafidhah
terhadap para sahabat Nabi ini, para pembaca boleh merujuk antaranya
hasil kajian milik Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah. Dr. Ihsan
Ilahi Zhahir adalah di antara tokoh ahli sunnah pada zaman kita ini
yang begitu banyak mengkaji tentang firqah-firqah sesat dari kelompok
tarekat sufi tasawuf dan Syi’ah.
Beliau
terbunuh akibat cedera parah dalam satu siri serangan bom oleh
sekumpulan Syi’ah di Lahore Pakistan. Beliau meninggal dunia pada usia
42 tahun sebaik sampai di Riyard untuk rawatan pada tahun 1407H (1987M)
akibat serangan tersebut.
Kitab-kitab
beliau berkaitan Syi’ah antaranya boleh ditemui dengan judul asy-Syi’ah
wal Qur’an, asy-Syi’ah was Sunnah, Baina asy-Syi’ah wa Ahlus Sunnah,
dan asy-Syi’ah wa Ahlul Bait. Manakala karya-karya lainnya juga teramat
banyak dalam menjawab fitnah-fitnah Syi’ah ini. Antaranya termasuk
Minhajus Sunnah an-Nabawiyah karya Ibnu Taimiyyah (Wafat: 728H),
al-Bidayah wan-Nihayah karya Ibnu Katsir (Wafat: 774H), dan al-‘Awashim
Minal Qowashim karya al-Qadhi Abu Bakr Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H).
Di
samping itu, bukalah sama kitab-kitab para ulama yang menjelaskan
biografi dan sirah kehidupan para sahabat radhiyallahu ‘anhum yang sahih
secara umum.
Dengan
itu semua, pasti kita akan mengerti dan jelas kenapa para ulama ahli
sunnah wal-jama’ah semenjak dahulu lagi begitu keras sikap mereka
terhadap Syi’ah rafidhah ini.
Namun
kita amat dukacita apabila ada di kalangan tokoh-tokoh aktivis
pergerakan Islam di negara kita hari ini tanpa rasa sangsi dan bersalah
mengangkat tokoh-tokoh Syi’ah seperti Hasan Nasrullah, Muqtadar as-Sadr,
Rafsanjani, Khattami, dan Khomeini sebagai idola. Ini termasuk sikap
dayus lagi tidak bertanggungjawab. Tidak sensitif terhadap
prinsip-prinsip agama yang benar.
Islam
mengajak kita memuliakan para sahabat dan menjauhi tokoh-tokoh yang
mencela mereka, tetapi sebaliknya ada pula yang mengajak masyarakat
memuliakan golongan yang memusuhi para sahabat dan mendiamkan kejahatan
Syi’ah rafidhah ini. Laa hawla wala quwwata illa billah...
Hati-hati Dengan Mereka!
Antara
yang paling terkehadapan dalam memartabatkan nama Khomeini di Malaysia
adalah Mat Sabu, Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau
dilaporkan oleh media Syi’ah di Malaysia sebagai berkata, “Pemikiran
Imam Khomeini adalah jalan terbaik menghadapi kuasa angkuh dunia.”
(abna.co, Ahlul Bait News Agency)
Dari sini sahaja kita dapat melihat betapa beliau mengkagumi tokoh syi’ah tersebut dengan memanggilnya sebagai “imam”.
Mat
Sabu juga turut membawa dan mempopularkan ideologi revolusi
(pemberontakan) ajaran Khomeini yang pernah mengakibatkan ratusan nyawa
terkorban di Iran sekitar tahun 1970an. Selain itu, beliau juga mengakui
terdapat ahli-ahli PAS mengikuti kursus-kursus khas di Iran. Ini beliau
nyatakan melalui satu pembentangan kertas kerja di Germany. Kata Mat
Sabu:
“Khomeini’s
movement under the banner of defending the oppressed (mustadhafin) and
facing the oppressors (mustakbirin) drew my attention as well as my
friends in PAS Youth in the early 1980s. The Islamic revolution in Iran
was the focus of our attention – we studied it, followed events in the
Islamic republic and increased our awareness of the movement brought
about by the revolution.” (Website beliau, mohamadsabu.com)
“The
influence of Imam Khomeini’s thoughts and the movement in Iran was also
felt amongst the youth in PAS. A small number of PAS Youth members
became ardent followers of Imam Khomeini’s message. A few of them
attended courses held in Iran in order to understand the uniqueness and
success of the Islamic movement there. These courses had nothing to do
with weapons training as some may have thought, but simply about
learning about repeating the success of the Islamic movement and how it
could get so close to the people in Iran.” (Website beliau,
mohamadsabu.com)
Dalam
rujukan yang sama, beliau turut membela kebiadaban kaum Syi’ah yang
telah dijelaskan oleh para ulama di Timur Tengah dengan katanya:
“My
view is that this propaganda of the Shiite threat is merely created to
save the thrones of the rulers in the Arab countries.”
Ini
hanyalah sekelumit nukilan dan bukti sebagai peringatan. Selain apa
yang dikemukakan di sini, masih banyak lagi bukti-bukti lain yang
menunjukkan tokoh-tokoh di dalam PAS ini yang bersungguh-sungguh
berbaik-baik dengan tokoh-tokoh sesat Syi’ah rafidhah ini.
Syaikh
al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728) pernah mengatakan,
“Sesiapa yang selalu berprasangka baik terhadap ahli bid’ah dan mengaku
belum mengetahui keadaan mereka, kenalkanlah ahli bid’ah tersebut
padanya. Maka sekiranya dia telah mengenalnya tetapi tidak menampakkan
penolakkan terhadap mereka, gabungkanlah ia bersama-sama mereka dan
anggaplah ia dari kalangan mereka juga.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’
al-Fatawa, 2/133)
Tahdzir dan Peringatan
Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) pernah ditanya tentang Syi’ah Rafidhah, maka beliau pun berkata:
لا تكلمهم ولا ترو عنهم فإنهم يكذبون
“Janganlah
kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadis daripada
mereka kerana mereka adalah pendusta.” (Ibnu Taimiyyah, Minhajus
Sunnah, 1/26)
Imam Fudhail B. ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H) berkata:
صَاحِبُ
بِدْعَةٍ لَا تَأْمَنْهُ عَلَى دِينِكَ، وَلَا تُشَاوِرْهُ فِي أَمْرِكَ،
وَلَا تَجْلِسْ إِلَيْهِ، وَمَنْ جَلَسَ إِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ،
أَوْرَثَهُ اللَّهُ الْعَمَى. يَعْنِي فِي قَلْبِهِ
“Jangan
kamu beri kepercayaan kepada ahli bid’ah dalam urusan agamamu, jangan
kamu bermesyuarat dengannya dalam urusanmu, dan jangan kamu duduk-duduk
dengannya. Sesiapa yang duduk dengan ahli bid'ah, Allah akan mewariskan
baginya kebutaan. Iaitu (kebutaan) di hatinya.” (al-Laalikaa’i, Syarah
Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, 1/138, no. 264)
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment