Monday, April 30, 2012

SURAH AL’ALAQ


SURAH AL’ALAQ
Surah ini diturunkan di Mekah,mengadungi 19 ayat.Dinamakan surah “Al-Alaq (Darah Beku),kerana pada bahagian surah ini,Allah Ta’ala menegaskan:bahawa ia menciptakan manusia dari “sebuku darah beku”
       INTISARI KANDUNGANNYA: Surah ini dimulakan dengan lima ayat dari Al-Qur’an yang mula-mula diturunkan oleh Allah Ta’ala kepada Junjungan kita Nabi Muhammad (s.w.t. ) pada bulan Ramadhan –pada malam “Lailatul-Qadar” – dalam masa Baginda sedang beribadat di Gua Hiraa’,di Makkah Al-Mukarramah,yang merupakan sebesar-besar rahmat dan sebesar-besar ni’mat yang dilempahkan oleh Allah(s.w.t.) kepada umat  manusia seluruhnya.
      Keran dengan panduan Al-Qur’an –Kalamullah – sahajalah umat manusia akan mencapai keselamatan hidup didunia dan kebahagian yang kekal di akhirat.
     Ayat yang lima itu mengemukakan tiga perkara besar:
     Petrama- “Allah Tuhan sekalian alam” ,Tang Maha Esa dan Maha KUasa,yang wajib diingati dan dipatuhi dalam segala keadaan.
     Kedua – “Manusia “ yang telah diciptakan oleh Allah Ta’ala dalam sebaik-baik keadaan dan diberikan berbagai keistimewaan berbanding dengan makhluk-mahluk yang lain.
     Ketiga – “Ni’mat ilmu pegetahuan” yang telah diajarkan oleh Allah Ta’ala kepda manusia melalui pena dan tulisan.
     Bahagian yang kedua  surh ini – dari ayat 6 hingga akhirnya diturunkan pada masa yang lain,semasa Nabi Muhammad (s.a.w ) menyiarkan islam dan mendapt tentangan keras dari kapir musyrik di Mekah.
    Dalam bahgian ini,Allah Ta’ala menggambarkan sifat-sifat dan tabi’at setengah manusia:Apabila ia senang lenang dan banyak hartanya,ia belaku sombong bongkak,liupakan Allah yang mengurniakan ni’mat kepadanya,tidak menghiraukan suruhan Allah dan laranganNya,sehingga akhlak dan budi pekertinya tidak lagi berperi kemanisiaan.

سُوۡرَةُ العَلق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥) كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ (٦) أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ (٧) إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ (٨) أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يَنۡهَىٰ (٩) عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ (١٠) أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ (١١) أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ (١٢) أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ (١٣) أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ (١٤) كَلَّا لَٮِٕن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ (١٥) نَاصِيَةٍ۬ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ۬ (١٦) فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُ ۥ (١٧) سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ (١٨) كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩ (١٩)

Surah Al-Alaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8) Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9) Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10) Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11) Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12) Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? (13) Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14) Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (15) Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16) Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); (17) Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). (18) Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! / (19)

post by nan

No comments:

Post a Comment