s
الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ …..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :
يَسْأَلُونَكَ
عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ
وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّـهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ
أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ
يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ
عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ
فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ
فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya
: Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.
Katakanlah : “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar tetapi
menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kufur kepada Allah (menghalangi
masuk) Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya lebih
besar (dosanya) di sisi Allah. Dan membuat finah lebih besar (dosanya)
daripada membunuh. Mereka tidak berhenti dalam memerangi kamu sehingga
mereka (dapat) mengembalikan kamu daripada agamamu (kepada kekufuran)
sekiranya mereka sanggup. Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada
agamanya lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia
amalannya di dunia dan di akhirat. Dan mereka itulah penghuni neraka,
mereka kekal di dalamnya selamanya.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kini
kita berada di bulan Rejab yang diberitahu melalui lidah nabiNya
Muhammad s.a.w sebagai bulan Allah yang mempunyai banyak kelebihannya
jika kita penuhi dengan puasa sunat dan amalan soleh yang lain. Bulan
Rejab juga mengingatkan kita tentang kewajipan Sembahyang lima waktu
yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w ketika bertemu Allah dalam
peristiwa Isra’ Mikraj yang bersejarah. Sebab itulah usaha kerajaan
Kelantan dalam menganjurkan bulan Sembahyang setiap kali tibanya bulan
Rejab mestilah diberi kerjasama yang sebaiknya dalam memastikan umat
Islam dapat menghayati matlamat sebenar difardhukan solat lima waktu
sehari semalam disamping memberi peringatan terutama kepada golongan
muda supaya menjaga sembahyang dengan sebaiknya kerana ia merupakan
tiang agama dan juga kayu pengukur samada seseorang itu Islam atau pun
tidak.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Isu murtad mula bergema kembali setelah begitu lama disepikan walau pun
usaha Kristian samada secara biasa mahu pun sihir bergerak cergas dan
bebas tanpa ada di sana usaha untuk menyekat secara undang-undang. Isi
ditimbul dan dibincang hangat kembali setelah adanya usaha daripada
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menggubal undang-undang
murtad bagi dibentang di dalam parlimen untuk dilaksanakan. Ramai
dikalangan peguam Melayu yang mengaku beragama Islam bangun menentang
usaha ini dengan memberi alasan berdasarkan akal yang lemah dan
undang-undang sekuler yang rapuh.
Antara
alasan yang diberikan ialah mereka menyatakan undang-undang yang bakal
digubalkan nanti akan menyekat kebebasan agama yang tertera dalam
undang-undang negara sedangkan Islam sebagai agama rasmi negara hanya
berkisarkan dalam masalah ibadat dan adat sahaja bukannya membenarkan
hukum Islam untuk dilaksana. Alasan ini menunjukkan kepada kejahilan
mereka terhadap Islam di mana mereka meletakkan Islam setaraf dengan
agama Kristian , Budha , Hindu dan lain-lain di mana sebagai agama untuk
ibadat dan perayaan sahaja bukannya sebagai agama yang merangkumi semua
aspek kehidupan. Mereka anggap Islam hanya agama yang boleh dijadikan
mainan di mana seseorang boleh memeluk Islam secara sukarela dan boleh
keluar Islam bila-bila masa tanpa sekatan. Sedangkan dari awal lagi
Islam telah menggariskan bahawa ia tidak memaksa seseorang itu untuk
memeluk Islam tetapi perlu dijelaskan bahawa setelah memeluk Islam maka
seseorang itu mesti mengikuti segala peraturan dan kewajipan yang ada
dalam Islam dan jika mereka murtad maka hukumannya adalah bunuh. Apa
yang berlaku pada hari ini adalah jauh daripada Islam yang sebenar di
mana seseorang itu tidak dijelaskan tentang perkara tadi terlebih dahulu
sehingga mereka merasakan Islam ini hanya agama mainan yang boleh
diperkotak-katikkan mengikut akal mereka. Jika seseorang itu telah masuk
Islam dengan kefahaman yang jelas tentang kewajipan dan hukuman berat
yang bakal dijatuhkan jika murtad maka sudah tidak timbul menyekat
kebebasan agama kerana mereka masuk Islam dengan kerelaan hati untuk
melaksanakan kewajipan agama dan rela juga menerima hukuman apabila
telah murtad.
Siang Jumaat yang dikasihi,
Alasan mereka lagi bahawa undang-undang yang bakal dilaksanakan nanti
akan menyebabkan dunia luar akan mengutuknya kerana bertentangan dengan
peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ini menunjukkan bahawa
mereka lebih takut kepada manusia daripada Allah Tuhan Pencipta mereka.
Mengapakah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dunia luar akan mengutuk
negara kita hanya setelah hukuman Islam dilaksana sedangkan ketika umat
Islam ditekan dan dinafikan hak kebebasan untuk beragama maka mereka
hanya diam seribu bahasa. Ketika ada saudara baru yang disimbah asid di
muka mereka kerana memeluk Islam dimanakah laungan kebebasan beragama?.
Ketika sepasang suami isteri yang telah memeluk Islam bersama anak kecil
yang baru berusia beberapa bulan dibunuh dan dikelar tubuh mereka di
manakah suara pembelaan terhadap penindasan agama lain terhadap umat
Islam?. Ketika seorang ayah dimana anaknya telah murtad mahu bertemu
dengan anaknya lalu diterajang tanpa belas kasihan dimanakah laungan
keadilan?. Sepasang suami isteri di mana anak gadisnya telah murtad dan
dilarikan sehingga hari ini tidak diketemui dimanakah pembelaan
undang-undang yang mendakwa memberi kebebasan terhadap mereka?
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dunia luar hanya akan mengutuk kita
apabila melaksanakan Islam bukannya atas kebebasan beragama tetapi
sikap permusuhan dan kebencian mereka terhadap Islam. Mereka didalangi
oleh Yahudi dan Kristian yang tidak pernah menghentikan permusuhan
terhadap Islam sebagaimana kita fahami daripada Firman Allah dalam ayat
120 surah al-Baqarah :
ولن
ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى
ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم مالك من الله من ولي ولا نصير .
Maksudnya
: Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu
sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya
petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya
jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan
kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Alasannya lagi bahawa hukuman murtad yang dilaksana sebelum ini kerana
mereka yang murtad secara terang-terangan dan juga mencabar pihak
pemerintah negara. Alasan ini hanya suatu alasan yang kolot dan
menjijikkan. Adakah dalam banyak peristiwa yang berlaku pada ini
berkaitan dengan murtad secara senyap-senyap sedangkan mereka yang
telah murtad tanpa segan silu datang ke pejabat pendaftaran negara untuk
menukar nama dan agama mereka. Mereka berbuat demikian dengan penuh
keberanian dan tanpa perasaan takut. Adakah perkara ini tidak boleh
dikatakan sebagai murtad secara terangan-terangan dan berani?….
Tentang penentangan terhadap pemerintah buat masa ini memang tidak
perlu dilakukan kerana undang-undang digunakan sekarang adalah
bersesuaian dengan nafsu dan kehendak mereka yang telah murtad.
Peraturan Lord Reid yang berasaskan sekulerisme yang bertunjang agama
Kristian bermazhab Protestan tidak membahayakan mereka malah menyokong
dan mendorong mereka untuk murtad sebebas-bebasnya. Buat apa mereka
perlu melakukan pemberontakan dan sebagainya.
Bahayanya mereka yang telah murtad akan kelihatan apabila pemerintah
melaksanakan Islam. Oleh itu sebelum lebih ramai yang murtad maka suatu
undang-undang berlandaskan Islam perlu dilaksanakan dalam membasmi
gejala murtad yang seang berleluasa. Usaha Kristian dalam memastikan
separuh daripada penduduk Asia Tenggara bersatu dalam Kristian terus
berjalan dengan lancar termasuk di negara kita.
Jika dikatakan bahawa jumlah yang murtad adalah lebih sedikit
berbanding mereka yang memeluk Islam maka alasan ini juga tidak boleh
digunakan kerana Islam tidak pernah menetapkan ramai atau sedikitnya
mereka yang murtad dalam melaksanakan hukuman bunuh. Mereka yang murtad
walau pun sedikit boleh memecah-belahkan masyarakat kerana mereka bebas
berperanan untuk berdakwah kepada orang lain tanpa tindakan sewajarnya.
Mereka juga menyebabkan masyarakat saling sangsi dan curiga antara satu
sama lain.
Janganlah atas nama kebebasan beragama kita mempertahankan mereka yang
murtad. Ingatlah mereka mempunyai rakan seagama untuk menekan umat
Islam. Janganlah kerana toleransi dan kelembutan yang tidak sepatutnya
diberikan akan menyebabkan kita akan huru hara sebagaimana berlaku
kepada saudara Islam kita di Ambon, Indonesia. Dalam satu keluarga
dibenarkan ada pelbagai agama dan Kristian yang dijadikan kawan
diberikan kebebasan dalam berdakwah dan membina gereja termasuk dalam
kawasan yang majoritinya umat Islam. Akhirnya atas nama agama, umat
Islam dibunuh, dikelar, dibakar dan rumah mereka dimusnahkan oleh
kawan-kawan dan keluarga mereka sendiri yang beragama Kristian. Jangan
biarkan ia berulang di negara kita ini.
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا
فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
No comments:
Post a Comment