KUALA LUMPUR: Penggunaan
nada dering bacaan al-Quran di tempat tidak sepatutnya seperti dalam
tandas, adalah makruh dan jika disalahgunakan, hukumnya menjadi haram,
kata Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.
Beliau berkata, justeru umat Islam perlu berhati-hati dengan penggunaan ayat suci al-Quran kerana ia kalam Allah yang tidak boleh dipermain-mainkan.
Beliau berkata, justeru umat Islam perlu berhati-hati dengan penggunaan ayat suci al-Quran kerana ia kalam Allah yang tidak boleh dipermain-mainkan.
“Nada dering al-Quran pada asalnya bertujuan baik,
tetapi kalau disalah guna seperti sengaja memperdengarkan dalam tempat
yang tidak elok, boleh menjadi haram.
“Umat Islam perlu menghormati al-Quran walau di mana
mereka berada kerana ada ayat menyatakan jika mendengar bacaannya
hendaklah diam dan mengambil iktibar,” katanya ketika dihubungi Harian
Metro, semalam.
Beliau berkata, seseorag umat Islam perlu sanggup menanggung akibat ketika membawa ayat suci al-Quran ke mana-mana.
“Umat Islam yang menggunakan nada dering al-Quran
hendaklah menutup telefon bimbit apabila berada di tempat tidak suci
seperti dalam tandas dan menjaganya secara teliti bagi mengelak
kehormatannya terabai,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ahad lalu, Metro Ahad melaporkan mengenai perbezaan
pendapat antara Mufit Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul
Rahman mengenai penggunaan nada dering bacaan al-Quran dalam telefon
bimbit.
Dr Mohd Asri dipetik berkata, alasan melarang
penggunaan nada dering lebih kukuh daripada membenarkannya, manakala
Mustafa berhujah, Jakim tidak nampak masalah ayat al-Quran menjadi nada
dering malah ia lebih memberi kebaikan.
Mohd Tamyes yang bersetuju dengan penggunaan nada
dering ayat al-Quran bagaimanapun menasihatkan pemilik telefon bimbit
mengambil sikap bertanggungjawab menggunakan ayat suci itu kerana ia
adalah sikap muslim yang baik.
Sementara itu, Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya,
berkata umat Islam tidak harus memperlekehkan penggunaan ayat al-Quran
malah memanfaatkan teknologi yang ada sebaik mungkin.
“Jika keburukan lebih banyak daripada kebaikan,
memang jelas hukumnya… dalam isu ini tiada apa yang salah mengenai nada
dering itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment