Ustaz Rashidi Jamil, seorang pegawai penyelidik dari bahagian penyelidikan JAKIM, menyampaikan kuliah bulanan bersandarkan sebuah kitab karangan Imam Abu ‘Abdullah Al-Qurtubi (أبو عبدالله القرطبي) yang bernama At-Tadhkirah Fih Alil Mawta Wal-Akhira (Affairs of the Dead and Doomsday) yang membicarakan Peringatan dan Perkara-Perkara Kematian dan Urusan-Urusan Apabila Keluarnya Roh dari Jasad di rumah Ustaz Dahari Embong di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Antara yang sempat dicatatkan:
- Rasulullah selalu menangis kerana mahukan umatnya masuk syurga.
- Menyebut-nyebut ibubapa yang sudah meninggal dunia itu adalah sunnah.
- Menyambung silaturrahim ibubapa adalah sunnah.
- Menziarahi mereka semasa mereka masih hidup adalah sunnah.
- Tiga benda yang kalau tengok pun dapat pahala:
- Muka ibubapa
- Mushaf al-Qur‘an
- Baitullah il-Haram
- Adalah tidak logik bila buat satu perkara boleh dapat pahala yang berlipat ganda. Tetapi ianya adalah kerana Allah mahukan kita masuk syurga.
- Sungguh baik Allah ni, orang yang tak percayakan Dia pun, Allah beri makan.
- Andainya manusia ini tidak boleh berdosa, nescaya Allah akan mencipta satu lagi makhluk yang lain yang boleh berdosa, kerana Allah hendak ampunkan dia.
- Di akhirat nanti Allah akan berhujjah dengan 3 orang:
- Orang yang ada pekerja, lalu dianiaya pekerja tersebut.
- Orang yang tidak amanah.
- Orang yang berdusta di atas nama Allah (sikit-sikit wallahi…)
- Nabi kata:
- sangat miskin, sangat miskin, sangat miskin orang yang tak de isteri
- sangat miskin, sangat miskin, sangat miskin orang yang tak de suami
No comments:
Post a Comment