Fizikal Nabi Muhammad SAW
Telah
dikeluarkan oleh Ya’kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra.
katanya: Pernah aku menanyai bapa saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin
Abu Halah, dan aku tahu dia memang sangat pandai mensifatkan perilaku
Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku
sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia
berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa
diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya,
tingginya cukup tidak terlalu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya
bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan
memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya
luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila beliau
marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan
memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam,
kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih
dan jarang-jarang.
Di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya
memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara
perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang
belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi
oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari
bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya
berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus
tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging,
panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah
apabila beliau berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak
ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila
diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang
menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya
panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh
dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan dia lebih
banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang dia
memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan
dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang
ditemuinya.
Kebiasaannya
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!
Jawab bapa saudaraku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Jawab bapa saudaraku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain,
dikatakan bahawa dia tidak menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia
atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila dia melihat
kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya,
sehingga dia dapat membela kerananya. Dia tidak pernah marah untuk
dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila
mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila dia
merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara
dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan
pada ibu jari tangan kirinya, dan bila dia marah dia terus berpaling
dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila dia gembira dipejamkan
matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila dia
ketawa, dia ketawa seperti embun yang dingin.
Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku
simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada
Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu
menanyakan bapa saudaraku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia
juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara
keluar beliau dan masuk beliau, tentang cara duduknya, malah tentang
segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.
Keadaannya di rumah
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan
ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke
dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila dia
berada di dalam rumahnya dibahagikan masanya tiga bahagian. Satu
bahagian khusus untuk Allah ta’ala, satu bahagian untuk
isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian
dijadikan bahagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di
antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua
orang yang awam mahupun yang khusus, tiada seorang pun dibezakan dari
yang lain. Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, dia selalu
memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk
dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam
agama.
Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang
lebih dari itu, maka dia akan duduk dengan mereka dan melayani semua
urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan
ummat secara umum, cuba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu
mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan
mengingatkan pula: “Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa
yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang
yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang
menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya
sendiri kepada seorang penguasa, nescaya Allah SWT akan menetapkan kedua
tumitnya di hari kiamat”, tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang
seumpama itu saja. Dia tidak menerima dari bicara yang lain kecuali
sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai
orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat
melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah
melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari
majlisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ehwal agamanya.
Keadaannya di luar rumah
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya
tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah
Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali
jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Dia selalu beramah-tamah
kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Dia senantiasa
memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di
tempatnya yang layak. Kadang-kadang dia mengingatkan orang ramai, tetapi
dia senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka
selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia.
Dia selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka
tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang
ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang
buruk dicela dan dicegahkan. Dia senantiasa bersikap pertengahan dalam
segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka
juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan
terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran,
orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik
kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak
dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling
bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.
Majlisnya
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula
tentang majlis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahawa
Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majlis, atau bangun
daripadanya, melainkan dia berzikir kepada Allah SWT Dia tidak pernah
memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di
suatu tempat yang tertentu. Apabila dia sampai kepada sesuatu tempat, di
situlah dia duduk sehingga selesai majlis itu dan dia menyuruh membuat
seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya
kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di
majlisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan
lebih darinya.
Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu
keperluan, atau sesuatu maslahat, dia terus melayaninya dengan penuh
kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali. Dia tidak pemah
menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada
diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang
tidak mengecewakan hatinya. Budi pekertinya sangat baik, dan
perilakunya sungguh bijak. Dia dianggap semua orang seperti ayah, dan
mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran , tidak
berat sebelah. Majlisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar
menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat
padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua
orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang
tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu
selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.
Ketika bersama sahabat-sahabatnya
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan
tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk
bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang
orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras
atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak
kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa
yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap
kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam
perilakunya tiga perkara yang berikut. Dia tidak suka mencela orang dan
memburukkannya. Dia tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak
berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan
menghasilkan pahala.
Apabila dia berbicara, semua orang yang berada dalam
majlisnya memerhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang
tertengger di atas kepala mereka. Bila dia berhenti berbicara, mereka
baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam
seribu bahasa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Dia tertawa
bila dilihatnya mereka tertawa, dan dia merasa takjub bila mereka
merasa takjub. Dia selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang
seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu
daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para
sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi dia tetap
menyabarkan mereka dengan berkata: “Jika kamu dapati seseorang yang
perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan mengherdiknya!”. Dia
juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan
kalau mereka mahu memujinya pun, dia tidak menggalakkan untuk berbuat
begitu. Dia tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu
habis berbicara, lalu barulah dia berbicara, atau dia menjauh dari
tempat itu.
Ketika diamnya
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula
tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah
SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, iaitu: Kerana adab
sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di
antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya
ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara
manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang
binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan
kesabaran.
Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi
marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya
sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang
baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal
mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi
oleh yang lain. Dia meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak
dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk
maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat
buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.
(Nukilan Thabarani – Majma’uz-Zawa’id 8:275)
No comments:
Post a Comment