Sunday, July 1, 2012

Orang yang beriman...

 
Oleh Itaarissa
Orang yang benar-benar beriman kepada Allah akan dapat merasai :

1. Bebas dari dikuasai oleh orang lain kerana orang yang beriman hatinya sentiasa bergantung kepada Allah yang maha berkuasa, dia yang menghidupkan dan yang mematikan memberi manfaat dan mudarat, muliakan dan menghinakan.

Firman Allah: (Surah Al-A'raf, ayat:188)

" Katakanlah: aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah dan kalau aku mengetahuinya (perkara-perkara yang azab) tentu aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pesuruh Allah yang memberi amaran (bagi orang yang engkar) dan membawa berita gembira bagi orang yang beriman."

Punca-punca kemunduran seseorang atau sesuatu bangsa ialah apabila ia di kuasai atau di tindas oleh orang lain sama ada dan segi politik atau keagamaan. Maka Islam datang untuk membebaskan manusia dan diperhambakan oleh sesama manusia dan di kongkong pemikiran dan peradapannya.

2. Orang yang beriman kepada Allah merasakan dirinya berani dan kuat dan tidak takut kepada mati malah menjadi cita-cita untuk mati syahid dalam membela agama. Kerana orang yang beriman kepada Allah ia menyakini bahawa Allah yang melanjutkan usia seseorang dan memendeknya. Dan bukan kerana sebab-sebab yang lain,

Firman Allah: (Surah Ah Imran, ayat: 145)

" Dan tiap-tiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan ajal yang tertentu."

dan Firmannya: (Surah Ali Imran, ayat: 154)

" Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang tidak mereka nyatakan kepada mu, mereka berkata (sesama sendiri) kalaulah ada sedikit bahagian kita dan pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Mohammad): kalau kamu berada di rumah kami sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang telah ditakdirkan oleh Allah akan terbunuh itu di tempat mati masing-masing."

dan Firmannya: (Surah An-Nisa, ayat: 87)

" Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu bila sudah sampai ajal, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

3. Orang yang beriman menyakini bahawa rezeki adalah datang dan Allah dan bukan datang dan manusia dan tidak pula bertambah dengan hanya usaha manusia semata-mata.

Firman Allah: (Surah Hud, ayat: 6)

" Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak dibumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediaman dan tempat ia simpan."

dan Firmannya: (Surah Al-Ankabut, ayat: 60)

"Dan ingatlah berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama-sama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada mu dan Dialah yang sangat mendengar lagi mengetahui."

dan Firmannya: (Surah Al-Ankabut, ayat: 63)

" Allah memewahkan rezekinya bagi sesiapa yang di kehendakinya di antara hamba-hambanya dan menyempitkan rezekinya itu baginya."

Apabila orang yang beriman menyedari bahawa rezekinya di tangan Allah maka akan terlepaskan ia dari sifat bakhil, tamak haluba dan sebagainya dan bertukar menjadi pemurah dan suka berkorban dengan harta benda.

4. Tentang hati dan tetap jiwanya.

Firman Allah: (Surah ar-Ra'ad, ayat: 2

" Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir Allah dan ketahuilah dengan zikir Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."

dan Firmannya: (Surah al-Fatihah, ayat : 4

" Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambali iman dan yakin di samping iman dan keyakinan yang sedia ada."

Apabila hati orang beriman sentiasa tenang maka ia menghadapi ujian Allah dengan tabah, dan tidak berputus asa sekiranya tidak tercapai sesuatu yang dikehendakinya.

5. Orang yang beriman mempunyai kekuatan untuk mengalahkan nafsunya dan godaan syaitan,kerana demikian orang yang benar-benar beriman tidak akan terjebak dengan keduniaan yang kotor dan mereka sentiasa mulia di sisi Allah dan pada pandangan manusia, dan itulah merupakan rahsia mengapa Allah selalu menyertakan iman dengan amal soleh kerana amal soleh itu adalah buah bagi iman.

Firman Allah: (Surah Yunus, ayat 9)

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka sempurna."

dan Firmanya: (Surah al-Hajj, ayat: 54)

"Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."

dan Firmannya: (Surah At-Taghabun, ayat:11)

"Dan sesiapa beriman kepada Allah maka Allah akan memimpin hatinya."

6. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah maka Allah akan memberi penghidupan yang baik semasa di dunia dan di akhirat. Yang dimaksudkan dengan penghidupan yang baik di dunia termasuklah selamat dan kegelinciran akidah, mendapat pertolongan bila berhadapan dengan musuh-musuh, selamat harta benda rumah tangga, anak isteri dan menghadapi cabaran hidup dengan mudah.

Firman Allah: (Surah an-Nahl, ayat : 97)

"Sesiapa yang beramal soleh dan lelaki dan perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik dan apa yang telah kerjakan."

dan Firmannya: (Surah al-A'raf, ayat : 96)

"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa tentulah kami akan membukakan kepada mereka itu pintu pengertian yang melimpah berkatnya dan langit dan bumi."

No comments:

Post a Comment