A) MENGUCAP Dua Kalimah Syahadah Merupakan Salah Satu Daripada Rukun Islam
Kepercayaan ahli sunnah mengenai Zat Allah swt yang Maha Suci ialah bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Maha Dahulu yang tiada permulaanNya, kekal wujud Nya yang tiada penghabisan.
Allah adalah Tuhan Yang Maha Abadi, tiada penghabisanNya, Maha Kekal, tiada binasa sama sekali. Dia tidak akan hilang dan tidak akan lenyap, bersifat dengan segala keagungan. Tidak akan musnah atau terputus sekalipun dengan berlalunya waktu.
Bahkan, Allah ada Maha Dahulu dan Maha Akhir. Maha Zahir dan Maha Batin. Dia Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dia bukanlah suatu benda yang dapat digambarkan. Dia tidak memyamai segala yang wujud dan tidak ada suatu pun benda yang wujud menyerupai sifatNya.
Dia tidak dibatasi oleh penjuru atau arah, tidak pula di dalam lingkungan Arasy sebagaimana yang difirmankan oleh Nya dan dengan pengertian yang dikehendakiNya.
Dia ada di atas Arasy dan langit, bahkan di atas segala sesuatu sehinggakan ke dasar tanah dan di batas bumi dan ketinggiannya itu tidak menambah jaraknya dari bumi dan tanah. Bahkan, dia Maha Tinggo DarjatNya dari Arasy dan langit, sebagaimana juga Maha Tinggi DarjatNya dari bumi dan langit.
Sekalipun demikian, Dia tetap Maha Dekat dengan segala apa-apa yang wujud. Dia lebih dekat dengan hambaNya daripada hamba itu dengan urat lehernya sendiri, sebab dekatNya itu tidaklah sama dengan dekatNya benda. Sebagaimana juga ZatNya itu tidak sama dengan Zat makhluk dan benda.
Dia tidak bertempat pada suatu benda dan tidak sesuatu bendapun yang bertempat dalam ZatNya. Maha Suci Allah daripada dilingkungi oleh sesuatu tempat, sebagaimana Maha Suci Dia daripada dibatasi oleh masa. Bahkan Dia telah ada sebelum terciptanya zaman dan tempat sehingga sampai sekarang ini pun masih tetap dalam keadaanNya sebagaimana dulu.
ZatNya dapat diketahui dengan menggunakan akal fikiran, bahkan dapat dikenali dengan penglihatan semasa berada di dalam syurga nanti. Perkara ini merupakan suatu nikmat dariNya serta belas kasihan untuk orang-orang yang berbakti kepadaNya, juga sebagai penyempurnaan nikmat yang dikurniakanNya iaitu dengan menyaksikan sendiri wajahNya Yang Maha Mulia.
Dia adalah Tuhan yang Maha Luhur, Maha Hidup, Pemaksa, Pemberi Balasan, yang tidak dihinggapi sifat lalai serta lemah, tidak mengantuk ataupun tidur, juga tidak rosak atau mati. Dia adalah Tuhan Yang Maha Satu dalam menjadikan dan membentuk sesuatu.
Dia Maha Mengetahui segala sesuatu, meliputi segala perkara atau peristiwa yang terjadi, mulai daru dasar tanah hingga ke puncak langit. Tidak terhalang daripada penglihatanNya sekalipun seberat debu yang ada di bumi ataupun di langit. Bahkan Dia mengetahui pergerakan seekor semut hitam pada waktu malam yang kelam, yang berjalan di atas batu yang licin yang berwarna hitam.
Dia mengetahui bagaimana gerakan sebutir debu di tengah-tengah cakerawala ini. Dia Maha Mengetahui segala apa yang dirahsiakan atau yang disembunyikan. Dia juga Mengetahui apa-apa yang terlintas dalam kalbu, apa-apa yang tergerak dalam ingatan ataupun rahsia yang disembunyikan. Semua itu dimaklumnya dengan sifat ilmuNya yang dahulu sejak azali. Sifat yang sedemikian ini telah dimiliki olehNya sejak azali lagi.
Allah Maha Mengetahui terhadap segala benda yang wujud dan Maha Pengatur segala yang terjadi. Maka itu, tiada sesuatu pun yang berlaku dalam kerajaan dan pemerintahanNya serta melainkan semuanya itu pasti sebab ditetapkan oleh qodak dan takdirNya dengan kebijaksanaan dan kemahuannya Nya.
Oleh sebab itu, apa-apa sahaja yang dikehendakiNya tentu terlaksana dan apa yang tidak dikehendakiNya tentu tidak dapat dilaksanakan. Tiada yang dapat menghalang keputusan yang telah ditetapkan oleh Nya. Tiada suatu makhluk pun yang dapat menyalahkan hukumNya.
Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tiada suatupun yang terhalang dari penglihatanNya, sekalipun halus. Tiada satupun yang terhalang dari penglihatanNya, sekalipun amat kecil saiznya. PendengaranNya tidak terbatas dengan jarak yang jauh dan penglihatanNya pula tidak terbatas kerana ketiadaan cahaya atau gelap.
Pendengaran serta penglihatanNya tidaklah sama dengan pendengaran atau penglihatan yang dimiliki makhluk. Demikian juga dengan ZatNya yang tidak menyamai zat yang dimiliki oleh makhluk ciptaanNya.
Allah Maha Berfirman, Pemberi Perintah dan Larangan, Pemberi Janji dan Ancaman. Quran, Taurat, Injil dan Zabur adalah kitab yang diturunkan oleh Nya kepada para RasulNya dengan cara berfirman yang merupakan sifat ZatNya dan bukan merupakan makhluk daripada sekian makhlukNya yang lain.
Bahawasanya, al-Quran adalah firman Allah yang bukan makhluk. Jika Quran adalah makhluk. Tentulah Quran akan rosak dan hilang. Quran bukan pula sifat daripada makhluk, sebab jika demikian sifatnya, sudah tentu Quran akan musnah. Bahawasanya, Allah ini Maha Esa, tiada sesuatu yang wujud selain Dia, kecuali pasti setiap sesuatu terjadi dengan perbuatanNya. Allah itu Maha Adil dan limpahan daripada keadilannya yang terbentuk atas dasar yang sebaik-baiknya, yang sempurna dan lengkap.
Dia adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam segala keputusanNya. Maka itu semua yang selain daripada Allah, baik manusia, jin atau malaikat, mahupun langiit, bumi, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda padat, yang dapat dilihat atau dirasai, semuanya itu adalah benda-benda baru yang dicipta olehNya dengan kekuasaanNya. Yakni, yang dahulu tidak ada kemudian dijadikan ada, ditumbuhkan dari asalnya sebelum kewujudan lalu diwujudkan. Oleh yang demikian, sejak dari azali Yang Maha Ada itu hanya Allah dan tiada yang lain.
Maka itu, Allah mengadakan makhluk sesudah itu, sebagai tanda dan bukti kekuasaanNya. Allah merealisasikan segala sesuatu yang telah dikehendaki olehNya, juga kerana sebagai kebenaran kalimatNya sejak azali lagi. Segala sesuatu itu dicipta, bukan kerana Allah memerlukan atau berhajat kepadanya tetapi kerana membuktikan kekuasaanNya.
Dia memberikan keutamaan kepada makhluk dengan menciptanya serta membebaninya. Hal ini bukanlah disebabkan Allah berkewajipan melakukan sedemikian, sebaliknya, Allah sentiasa mengurniakan nikmat dan kebaikan dan bukan kewajipan Allah untuk berbuat demikian. Bagi Allah adalah keutamaan dan kebaikan, nikmat dan kurnia.
Allah memberikan pahala kepada hamba-hambanNya yang mukmin disebabkan kebaikan yang dilakukannya dan pemberian pahala ini adalah di atas dasar kemurahan, kemuliaam dan telah dijanjikan. Pahaka itu bukan sekali-kali kerana dasar Allah berkewajipan melakukan perkara itu, sebaliknya pahala itu disebabkan tidak ada seorang pun yang dapat mewajibkan sesuatu padaNya untuk dilakukan dan tidak tergambar sedikit pun suatu penganiayaan yang datang dariNya.
Demikian pula tidak ada suatu hak yang merupakan kewajipan untukNya terhadap seseorang, sebab hakNya untuk ditaati adalah merupakan kewajipan atas seluruh makhluk. Kewajipan ini disampaikan dengan penjelasan para nabiNya dan bukan hanya sekadar dengan kemahuan akal fikiran. Untuk urusan ini, Allah mengutus para rasul dan diberikan bukti kebenaran mereka dengan pelbagai mukjizat yang nyata.
Para rasul itulah yang menyampaikan kepada umatnya apa-apa yang menjadi perintah Allah, laranganNya, janji serta ancamanNya. Oleh sebab itu, semua makhluk wajib membenarkan apa-apa yang mereka bawa dan mereka ketengahkan.
Bahawasanya Allah nmengutus seorang nabi yang ummi, tidak pandai membaca dan menulis, daripada keturunan Arab Quraisy, yakni Nabi Muhammad saw. Baginda membawa risalah Tuhan kepada seluruh umat tidak kira sama ada daripada bangsa Arab ataupun lainnya, daripada bangsa jin dan manusia. Alllah menutup kerasulan dan kenabian itu dengan mengutus baginda saw.
Rasulullah adalah rasul yang terakhir, sebagai pemberi khabar gembira dan menakutkan, mengajak seluruh umat manusia ke jalan yang benar dan agama Allah dengan izinNya dan juga sebagai pelita yang memberikan cahaya. Allah menurunkan kitab suci Quran yang penuh hikmah kepada rasulNya yang terakhir.
Melalui kitab itulah Allah menjelaskan agamaNya yang benar, menunjukkan jalanNya yang lurus dan mewajibkan semua makhlukNya untuk mempercayai segala yang dimuatkan dalam kitab tersebut.
Ahli sunnah mempercayai bahawasanya hari kiamat itu pasti datang dan tiada perlu diragukan lagi. Bahawasanya juga, Allah menghidupkan segala sesuatu yang telah mati pada hari itu dan semuanya akan kembali sebagaimana keadaan asalnya. Allah menjadikan syurga sebagai tempay yang kekal abadi untuk orang yang dikasihiNya dan mereka ini akan diberi kemuliaan di dalam syurga dengan kurnia yang terbesar yakni dapat melihat wajahNya Yang Maha Mulia.
Selain itu, allah juga menjadikan neraka sebagai tempat yang kekal untuk orang kafir kepadaNya, melawan serta membantah ayat-ayatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya. Golongan orang yang sedemikian ini dihalang daripada nikmat melihat wajahNya Yang Maha Mulia itu.
Kita mesti mengatakan bahawa pemimpin yang palimg mukia sesudah Nabi ialah Abu Bakar as-Siddiq. Allah memuliakan agama ini dengan Abu Bakar ra menyelamatkan beliau daripada orang-orang yang murtad. Abu Bakar diakui oleh seluruh umat Islam dalam kepimpinannya, sebagaimana Nabi sendiri mengangkat Abu Bakar menjadi imam dalam solat ketika baginda saw sedang sakit. Kaum Muslimin mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah atau pengganti Nabi. Selepas kematian Abu Bakar, Umar al-Khattan ra menggantikan beliau sebagai pemimpin umat Islam ketika itu. Othman Affan ra dilantik sebagai pemimpin selepas kematian Umar al-Khattab.
Sesungguhnya orang-orang yang membunuh Othman itu adalah atas dasar pengkhianatan dan derhaka. Setelah wafat Othman, Ali Abu Talib ra dilantik menjadi khalifah.
Keempat-empat khalifah itu adalah imam ketika ketiadaan dan kewafatan Nabi. Kita tidak perlu mengungkit-ungkit perselisihan yang pernah timbul antara mereka.
Selain itu, segala perselisihan yang berlaku antara kita wajiblah kita selidiki dan kembali kepada Quran, Sunnah Nabi dan juga ijmak atau kesepakatan kaum Muslimin serta apa-apa yang seerti dengannya. Kita tidak boleh mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama yakni terhadap perkara-perkara yang tidak diizinkan kepada kita untuk mengadakan atau mengadilinya. Kita juga tidak boleh menggunakan nama Allah terhadap sesuatu yang kita tidak ketahui.
Kita juga mengetahui bahawa bersedekah kepada kaum muslimin yang meninggal dunia ataupun mendoakan mereka membawa manfaat dan bahawasany Allah akan memberikan kemanfaatan iru kepada mereka dengan sebab sedekah atau doa yang kita lakukan itu. Kita mengatakan bahawa orang-orang yang soleh memperolehi kelebihan dari Allah dengan tanda-tanda yang diperlihatkan olehNya kepada mereka itu.
Imam Ahmad berkata : ”Segala kebaikan itu sampai kepada orang yang telah mati, dengan berdasarkan nas yang ada mengenai perkara itu, juga dengan sebab semua Muslimin di seluruh negara bersepakat mengenainya. Mereka membacakan sesuatu lalu mereka hadiahkan kepada saudaranya yang meninggal dunia. Tiada dalam kalangan mereka mengingkarinya, maka ini boleh dianggap sebagai ijmak,
No comments:
Post a Comment