Sunday, August 26, 2012

Taqwa: Pengertian dan Kepentingannya:

 

Di saat kita sedang menjalani ibadat puasa, yang antara metlamatnya adalah untuk membentuk insan yang bertaqwa, ada baiknya dibincangkan secara ringkas mengenai taqwa, sekurang-kurangnya untuk memberi gambaran umum mengenainya.

Pengertian:
Terdapat ungkapan yang berbagai bagi menjelaskan pengertian taqwa itu, namun ia merujuk kepada pengertian yang satu iaitu seseorang hamba mengambil perlindungan dari kemurkaan Allah dan azabNya dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Ibnu Rejab berkata: Taqwa pada asalnya adalah seseorang menjadikan pelindung antaranya dengan perkara yang ditakuti sebagai perisai. Hamba yang berbertaqwa kepada Tuhannya ialah hamba yang menjadikan antaranya dengan apa yang ditakuti dari Tuhannya dari kemurkaan,kemarahan dan balasanNya suatu pelindung iaitu dengan mengerjakan ketaatan dan menjauhi bermaksiat kepadaNya.


Ibn al-Qayyim pula berkata: Hakikat taqwa itu adalah mengerjakan taat dengan penuh keimanan dan pengharapan samada perintah atau larangan, melakukan apa yang diperintah dalam keadaan beriman dengan apa yanag diperintah dan membenarkan janjinya, juga meninggalkan apa jua yang dilarang dalam keadaan beriman akan larangan itu dan membenarkan amaran serta ancamanNya.
Talaq bin Hubayb perkata: Apabila berlaku fitnah padamkanlah dengan taqwa. Lalu ada yang bertanya:Apakah taqwa: Jawabnya: Mentaati Allah dengan nur Allah dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah dan meninggalkan maksiat dengan nur Allah takutkan balasan dari Allah. Inilah ungkapan terbaik mengenai batasan taqwa.
Abdullah bin Mas`ud berkata semasa menjelaskan ayat
(اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ( آل عمران:102]
berkata: Taat tidak derhaka, ingat jangan lupa, syukur bukan kufur. Dan diperjelaskan oleh Ibn Rejab dengan mengatakan mensyukuri Allah itu merangkumi semua ketaatan, adapun maksud dari ingat dan tidak lupa ialah seseorang hamba mengingati Allah dengan hatinya akan semua perintah Allah dalam segala gerak dan diamnya serta perkataannya.

Amir al-Mu`minin Umar bin al-Khattab telah bertanya Ubay bin Kaab: Apakah taqwa? Ubay menjawab: Ya Amir al-Mu`minin! Pernahkah anda melalui jalan yang ada padanya duri? Jawab Umar: Ya! Ubay bertanya lagi: Apakah yang anda lakukan? Saya akan angkat kaki saya dan akan melihat tempat yang akan saya akan pijakkan kaki dan beringat-ingat bimbang kaki saya akan terpijak duri itu. Jelas Ubay: Itulah taqwa!

Amir al-Mu`minan Ali bin Abi Talib KWJ juga ditanya mengenai taqwa lalu jawabnya: Takut kepada Allah, beramal dengan apa jua yang diturunkan, redha dengan agihan rezeki yang sedikit, bersedia untuk hari keberangkatan (kematian).
Beliau juga berkata: Meletakkan diri dalam perkara yang diperintah dan mengelakkan diri dari perkara yang terlarang.

Al-Khusyairi: Hakikat taqwa ialah berlindung dari azab Allah dengan melakukan ketaatan.

Al-Jurjani: Maksud taqwa dalam ketaatan ialah ikhlas, maksud taqwa terhadap maksiat ialah menjauhinya dan berwaspada.
Beliau juga berkata: Taqwa bermakna menghindarkan segala perkara yang menjauhkan diri dari Allah.

Al-Fairuz Abadi: menjaga diri dari sesuatu yang mendatangkan dosa. Kesempurnaan takwa dengan meninggalkan sebahagian dari perkara yang harus dan perkara yang boleh memudaratkan agama.

Tempat taqwa adalah di hati akan tetapi bukti dari apa yang ada dihati adalah tindakan zahir. Dengan itu mereka yang mendakwa ia bertaqwa sedangkan amalannya bertentangan dengan perkataannya, ternyata ia berdusta.

Kepentingan Taqwa:

Peri pentingnya taqwa begitu ketara sekali apabila Allah SAW telah berpesan dengannya untuk semua makhluknya, yang awal dan yang akhir. FirmanNya:
وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُواْ اللَّهَ وَإِن تَكْفُرُواْ فَإِنَّ لِلّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) Sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah al-Nisa: 131).

Malah ia juga merupakan pesanan para Rasul (`alaihim al-salam). Perhatikan ayat-ayat berikut:

كَذَّبَتْ عَادٌ الْمُرْسَلِينَ(123)إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ

(Kaum `Ad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu bertaqwa dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.).(Surah al-Syu`ara`: (123-124).

Firman Allah:

كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ(141)إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).Ketika saudara mereka - Nabi soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu bertawa dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.(Surah al-Syu`ara: 141-142).
Firman Allah:

كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ(160)إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).Kketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu bertaqwa dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.(Surah al-Syu`ra’: 160-161);

Firman Allah:

كَذَّبَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ الْمُرْسَلِينَ(176)إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

(Penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. (Surah al-Shu`ra’: 176-177).
Firman Allah:

وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنْ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ(10)قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ

(Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu bertaqwa? (Surah al-Syu`ra’: 10-11).



Malah ia juga wasiat dan pesanan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Sada bin `Ajlan al-Bahili dimana Rasulullah SAW berpesan dalam Khutbah Haji Perpisahan. Sabdanya:

{ اتقوا ربكم وصلّوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدّوا زكاة أموالكم، وأطيعوا أمراءكم، تدخلوا جنة ربكم }.

“Bertaqwalah kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu kamu, berpuasalah (bulan Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat hartamu, taatilah pemerintah kamu lalu masuklah syorga Tuhanmu”.

Dalam hadith yang diriwayatkan dari Irbadh bin Sariyah Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
أوصيكم بتقوى الله

“Saya berpesan kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah”

Malah sudah menjadi tradisi di kalangan para sahabat dan generasi selepas mereka berpesan dengan takwa ini juga kepada anak-anak mereka.
Malah taqwa adalah sebaik-baik pakaian. Firman Allah:

وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ

Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah al-A`raf:26)


Malah ia juga adalah sebaik-baik-baik bekalan.Firman Allah:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِي يَا أُوْلِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa (dengan memelihara diri) dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

Rasulullah SAW bersabda:

ثلاث مهلكات ، و ثلاث منجيات ، فقال : ثلاث مهلكات : شح مطاع ، و هوى متبع ، و إعجاب المرء بنفسه . وثلاث منجيات : خشية الله في السر و العلانية ، و القصد في الفقر و الغنى ، و العدل في الغضب و الرضا
“Tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara penyelamat: Sifat kikir yang dipatuhi, hawa nafsu yang dituruti, kagum dengan diri sendiri; Tiga penyelamat ialah takutkan Allah secara rahsia dan terang-terangan, an dan berhemat semasa fakir dan senang, adil semasa marah dan redha. (Silsilat al-Sahihah, 1802)

Rasulullah SAW juga ada bersabda:
أتّقِ اللّه حيثُما كنتَ وأتبِع السيئةَ الحسَنَة تَمحُها
“Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, susulilah keburukan dengan kebaikan, necaya ia dapat memadamkannya”.

Friday, August 17, 2012

Perbedaan antara kafir harbi dan dzimmi serta hukum keduanya

 

Perbedaan antara kafir harbi dan kafir dzimmi
Pada hakikatnya, manusia terbagi dua golongan yaitu orang kafir dan orang muslim. Pada zaman Rasulullah SAW, ada beberapa orang kafir yang memusuhi ummat Islam dan beberapa lagi tidak mengusik ketenangan ummat Islam.
Istilah kafir harbi dan dzimmi adalah refleksi atau hasil dari dua interaksi orang kepada ummat muslim pada zaman Rasulullah SAW.
Kafir harbi adalah setiap orang kafir yang tidak masuk dalam perjanjian (dzimmah) dengan kaum Muslim, baik ía seorang mu’ahid atau musta’min ataupun bukan mu’ahid dan bukan musta’min (An-Nabhani, 1994: 232). Mu’ahid adalah orang kafir yang menjadi warga negara kafir yang mempunyai perjanjian (mu’ahidah) dengan negara Khilafah. Musta’min adalah orang yang masuk ke dalam negara lain dengan izin masuk (al-amân), baik ía Muslim atau kafir harb (An-Nabhani, 1994:
234).
Kafir harbi, yang kadang disebut juga dengan ahl al-harb atau disingkat harb saja (Haykal, 1996:1411), dikategorikan lagi menjadi kafir harbi hukman (kafir harbi secara hukum/ de jure) dan kafir harbi haqiqatan/kafir harbi fi’lan (kafir harbi secara nyata/de facto). Kategorisasi ini didasarkan pada kewarganegaraan orang kafir dengan tempat berdomisili yang tetap. Jika Khilafah mengadakan perjanjian dengan suatu negara kafir, warga negaranya disebut kaum mu’ahidin (An-Nabbani, 1994: 232). Negara mi disebut ad- dawlah al -mu’ähidah (negara yang mempunyai perjanjian dengan negara Khilafah). Istilah lain kafir mu ‘ahid, sebagaimana disebut oleh al-Qayyim dalam kitabnya, Ahkam Ahl Adz-Dzimmah,adalah ahl al-hudnah atau ahl ash-shulh (Ibn al-Qayyim, 1983: 475), atau disebut juga kaum al-muwadi’in (Hayqal, 1996: 701). Orang yang tergolong, mu’âhid ini tergolong kafir harbi hukman. Sebab hanya berakhirnya perjanjian dengan negara Khilafah, ía akan kembali menjadi kafir harbi sebagaimana kafir harbi lainnya (kafir harbi fi’lan), yang negaranya tidak mengikat perjanjian dengan negara Khilafah.
Hubungan umat Islam dengan kafir harbi hukman didasarkan pada apa yang terkandung dalam teks-teks perjanjian yang ada. Hanya saja, dalam interaksi ekonomi, umat Islam (baca: Daulah Islamiyah) tidak boleh menjual senjata atau sarana-sarana militer kepada kafir harbi hukman—jika hal ini dapat memperkuat kemampuan militer mereka sedemikian sehingga akan mampu mengalahkan umat Islam. Jika tidak sampai pada tingkat tersebut, umat Islam boleh menjual senjata atau alat-alat tempur kepada mereka, khususnya ketika Daulah Islamiyah mampu memproduksi berbagai persenjataan militer dan menjualnya ke luar negeri sebagaimana yang diLakukan o(eh negaranegara adidaya saat ini). Jika dalam perjanjian ada pasal yang membolehkan penjualan senjata yang dapat memperkuat kemampuan militer kaum kafir harbi hukman sehingga mereka mampu mengalahkan umat Islam, pasal itu tidak boleh dilaksanakan. Sebabnya, pasal itu bertentangan dengan hukum syariat. Padahal, setiap syarat yang bertentangan dengan hukum syariat adalah batal dan tidak boleh dijalankan (An-Nabhani, 1990: 291-292; 1994: 232).
Adapun kafir harbi haqiqatan adalah warga negara dan negara yang tidak mempunyai perjanjian dengan Daulah Islamiyah. Negaranya disebut ad-dawlah al-kâfirah ál-hárbiyàh (negara kafir harbi yang memerangi umat Islam). Negara ini dibagi lagi menjadi dua. Pertama, jika negara tersebut sedang berperang secara nyata dengan umat Islam, ia disebut ad-dawlah al-kafirah al -harbiyah al-muhâribah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang benar-benar sedang memerangi umat Islam secara nyata). Kedua, jika sebuah negara kafir tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam, Ia dikategorikan sebagai ad-daw!ah al-kâfirah alharbiyah ghayru al-muharibah bi al-fi’li (negara kafir harbi yang tidak sedang terlibat perang secara nyata dengan umat Islam) (AnNabbani, 1994: 233).
Perbedaan hukum di antara kedua negara ini adalah, jika sebuah negara kafir masuk kategori pertama, yakni sedang berperang secara nyata dengan dengan umat Islam, maka asas interaksinya adalah interaksi perang; tidak boleh ada perjanjian apa pun dengan negara kafir seperti ini, misalnya penjanjian politik (seperti hubungan diplomasi), perjanjian ekonomi (seperti ekspor-impor), dan sebagainya. Perjanjian hanya boleh ada setelah ada perdamaian (ash-shulh). Warga negaranya tidak diberi izin masuk ke dalam negara Khilafah, kecuali jika dia datang untuk mendengar kalamullah (mempelajari Islam), atau untuk menjadi dzimmi dalam naungan negara Khilafah. Jika warga negara dari negara kafir ini tetap masuk ke negara Khilafah, bukan untuk mendengar kalamullah, juga bukan untuk menjadi dzimmi, maka jiwa dan hartanya halal, yaitu dia boleh dibunuh, atau dijadikan tawanan, dan hartanya boleh diambil (AnNabhani, 1990: 293). Sebaliknya, jika termasuk kategori kedua, yaitu tidak sedang berperang dengan umat Islam, maka negara Khilafah boleh mengadakan perjanjian dengan negara kafir seperti ini; misalnya perjanjian dagang, perjanjian bertetangga baik, dan lain-lain. Warga negaranya diberi izin masuk ke negara Khilafah untuk berdagang, rekreasi, berobat, belajar, dan sebagainya. Jiwa dan hartanya tidak halal bagi umat Islam. Namun, jika warga negara tersebut masuk secara liar, yaltu tanpa izin negara Khilafah, maka hukumnya sama dengan warga negara yang sedang berperang dengan umat Islam, yakni jiwa dan hartanya halal (An-Nabhani, 1990: 293). Jika warga negara tersebut masuk dengan izin negara, dia tidak boleh tinggal di negara Khilafah kecuali dalam jangka waktu tertentu, yaitu di bawah satu tahun (An-Nabhani, 1994: 233).
Musta’min adalah orang yang masuk ke negara lain dengan izin masuk (al-aman), baik Muslim atau kafir harbi (An-Nabhani, 1990: 294; 1994: 234). Jika seorang Muslim masuk ke Darul Harb/Darul Kufur*, dia tidak boleh mengambil harta kaum kafir dalam Darul Harb tersebut, misalnya dengan mencuri (as-sariqah) atau merampas (al-ghashab). Sebab, seorang Muslim terikat dengan perjanjian yang Ia lakukan (al Muslim ‘indac syurutihim).
Sebagaimana seorang Muslim boleh masuk ke Darul Harb, seorang kafir harbi juga boteh masuk ke datam Daulah Islamiyah. Rasulullah saw. telah memberikan jaminan keamanan kepada kaum kafir pada saat Fath Makkah. Rasulullah saw. bersabda (yang artinya, “Siapa saja yang menutup pintu rumahnya, maka berarti dia aman.” (HR Muslim).
Namun demikian, jika musta’min itu seorang kafir harbi yang masuk ke negeri Islam, dia tidak boleh tinggal di sana selama satu tahun. Jadi, izin masuk (al-aman) hanya diberikan— misalnya—untuk satu bulan, dua bulan, atau lebih di bawah satu tahun. Hal ini karena seorang harbi dibolehkan tinggal di Darul Islam** tanpa ditarik jizyah. PadahaL, jizyah dipungut satu tahun sekali. Artinya, maksimal harbi boleh tinggal tanpa jizyah selama satu tahun. Jika dia tinggal lebih dari satu tahun, dia diberi pilihan: akan tinggal secara tetap dan membayar jizyah atau keluar dari Darul Islam. Jika dia membayar jizyah, berarti dia menjadi ahl adz-dzimah atau warga negara Khilafah. Jika dia keluar menjelang akhir tahun, dia tidak wajib membayar jizyah.
Hukum orang musta’min pada dasarnya sama dengan hukum ahl adz-dzimmah. Jika dia membutuhkan pertolongan, misalnya jiwanya terancam, negara wajib melindunginya sebagaimana negara melindungi ahl adz-dzimmah. Jika musta’min melakukan kejahatan, dia akan dikenai sanksi sebagaimana ahl adz-dzimmah, kecuali sanksi peminum khamr. Hal ini karena Darul Islam adalah tempat diterapkannya hukum-hukum syariat secara tanpa pandang bulu, baik terhadap orang islam, ahl al-dzimmah, maupun musta’min (An-Nabhani,1994:235)
Ahl adz-dzimmah kadang disebut juga kafir dzimmi atau sering disingkat dzimmi saja. Asal katanya adalah adz-dzimmah, yang berarti al- ‘ahd, bermakna perjanjian. Ahl adz-dzimmah adalah setiap orang yang beragama bukan Islam dan menjadi rakyat negara Khilafah (Daulah Islamiyah). Islam telah menjelaskan banyak hukum tentang ahl adz-dzimmah ini. Bahkan di antara ulama ada yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ahl adz-dzimmah. Misalnya Ibn Qayyim al-Jawziyah, yang menulis kitab Ahkam Ahl adz Dzimmah.
Di antara hukum-hukum tersebut adalah:
1. Ahl adz-dzimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka guna masuk Islam. Rasulullah saw. telah menulis surat untuk penduduk Yaman (yang artinya), “Siapa saja yang beragama Yahudi atau Nashara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya, dan wajib atasnya jizyah. (HR Abu Ubaid). Hukum ini juga berlaku untuk kafir pada umumnya, yang nonYahudi dan non-Nashara. Dengan demikian, ahl adz-dzimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.
2. AhI adz-dzimmah wajib membayar jizyah kepada negara. Jizyah dipungut dan ahl dzimmah yang laki-laki, balig, dan mampu; tidak diambil dari anak-anak, perempuan, dan yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahwa Umar r.a. pernah mengirim surat kepada para amir al-Ajnad bahwa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak, dan orang yang belum balig. Syarat kemampuan diambil dari firman Allah Swt. dalam surat at-Taubah ayat 29 yang berbunyl ‘an yadin yang bermakna ‘an qudratin. Maksudnya, jizyah diambil berdasarkan kemampuan. Bahkan, bagi yang tidak mampu, misalnya karena sudah tua atau cacat, bukan saja tidak wajib jizyah, tetapi ada kewajiban negara (Baitul Mal) untuk membantu mereka. Pada saat pengambilan jizyah, negara wajib melakukannya secara baik, tidak boleh disertai kekerasan atau penyiksaan. Jizyah tidak boleh diambil dengan cara menjual alat-alat atau sarana penghidupan ahl dzimmah, misalnya alat-alat pertanian atau binatang ternak mereka.
3. Dibolehkan memakan sembelihan dan menikahi perempuan ahl adz-dzimmah jika mereka adalah orang-orang Ahlul Kitab, yaitu orang Nashara atau Yahudi. Allah Swt. Berfirman:
Makanan(sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihanmu) kamu halal bagi mereka. Demikian pula perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu. (QS Al-Maidah [5]:5)

Akan tetapi, jika ahl adz-dzimmah bukan Ahlul Kitab, seperti orang Majusi, maka sembelihan mereka haram bagi umat Islam. Perempuan mereka tidak boleh dinikahi oleh lelaki Muslim. Dalam surat RasuL saw. yang ditujukan kepada kaum Majusi di Hajar, beliau mengatakan, “Hanya saja sembelihan mereka tidak boleh dimakan; perempuan mereka juga tidak boleh dinikahi”

Sementara itu, jika Muslimah menikahi laki-laki kafir, maka hukumnya haram, baik laki-Laki itu Ahlul Kitab atau bukan. Allah Swt. berfirman:
Jika kamu telahmengetahui bahwa mereka adalah (benar-benar) wanita-wanita Mukmin, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Tidaklah mereka (wanita Mukmin) halal bagi mereka (lelaki kafir) dan mereka pun (lelaki kafir) tidak halal bagi mereka (wanita Mukmin). (QS al-Mumtahanah [60]: 10).
4. Boleh dilakukan muamalah antara umat Islam dan ahl adz dzimmah dalam berbagai bentuknya seperti jual-beli, sewa-menyewa (ijarah), syrkah, rahn (gadai), dan sebagainya. Rasulullah saw. Telah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di tanah Khaybar, di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil panen kurmanya. Hanya saja, ketika muamalah ini dilaksanakan, hanya hukum-hukum Islam semata yang wajib diterapkan; tidak boleh selain hukum-hukum Islam (an-Nabhani, 1994:237-240)
Demikianlah sekilas hukum-hukum ahl adz-dzimmah yang menjadi rakyat Daulah Islamiyah. Mereka mendapatkan hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka mendapatkan hak untuk dilindungi, dijamin penghidupannya, dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh ada diskriminasi apa pun yang membedakan mereka dengan rakyat yang Muslim. Negara Islam wajib berbuat adil kepada mereka sebagaimana berbuat adil kepada rakyatnya yang Muslim. Wallahu a ‘lam bi ash-shawâb.

JANJI-JANJI ALLAH DALAM AL-QUR'AN

JANJI-JANJI ALLAH DALAM AL-QUR'AN


Maha Suci Allah,Mesjid-mesjid terpelihara dan terselamat daripada kesan bom atom,gempabumi dan juga tsunami.

Allah telah berjanji akan memelihara akan kesucian dan keagungan Islam termasuk Mesjid-mesjid yang di imarahkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Sesungguhnya kebenaran akan janji-janji Allah itu banyak tertera di dalam ayat-ayat Al-Quran.Ini adalah sebahagian sahaja dan sesungguhnya seluruh Al-Quran itu adalah merupakan Janji-janji Allah dan amaran Allah jika tidak mengendahkanNya.

Allah Maha Besar,oleh itu dalam sehari sekurang-kurangnya sebagai insan yang lemah hendaklah membaca sepotong ayat daripada Al -Quran,hafal,memahami dan mengamalkan apa yang terkandung didalam ayat-auat tersebut.

Semoga kita akan menjadi insan yang yang lebih baik hari ini daripada semalam.

JANJI ALLAH DALAM AL-QUR'AN
==¤==¤==¤==¤==
1.SUNGGUH BERUNTUNG ORANG2 YG BERTAQWA
"Kitab Al-Qur'an ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg bertaqwa, yaitu mereka yg beriman kepada yg ghaib, yg mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yg Kami anugrahkan kepada mereka, dan mereka yg beriman kepada Kitab2 Al-qur'an yg telah diturunkan kepadamu dan kitab2 yg telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yg tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang yg beruntung."
Al-Baqarah 2-5
2. JANJI ALLAH PADA MEREKA YG BERIMAN
"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yg beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan syurga2 yg mengalir sungai2 didalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah2an dalam syurga2 itu. Mereka mengatakan; "Inilah yg pernah diberikan kpd kami dahulu" Mereka diberi buah2an yg serupa dan utk mereka didalamnya ada istri2 yg suci dan mereka kekal didalamny."
Al-Baqarah : 25
3.BALASAN TERHADAP ORANG2 YG BERBUAT BAIK
"Dan ingatlah ketika Kami berfirman,"Masuklah kamu kenegri ini yaitu Baitul Maqdis dan makanlah dari hasil buminya yg kamu sukai dgn bersenang senang dan masukilah pintu gerbangnya sambil besujud atau merendahkan diri dan katakanlah "Bebaskanlah kami dari dosa", tentu Kami akan menambah pemberian kepada orang2 yg berbuat baik"
Al-Baqarah : 58
4.PAHALA ORANG YG BERIMAN
"Sesungguhnya orang2 beriman, orang yahudi, org2 nasrani dan orang2 Shabi-in, barang siapa yg beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal shaleh, mereka akan menerima pahala disisi Tuhan mereka, tidak ada ketakutan bagi mereka dan tidak pula mereka berduka cita".
Al-Baqarah : 62
5.BALASAN SYURGA BAGI YG BERIMAN DAN BERAMAL SHALEH
"Dan orang2 yg beriman dan beramal shaleh, mereka itu penghuni syurga, mereka kekal didalamnya"
Al-Baqarah : 82
6.JANJI ALLAH PADA MEREKA YG BERIMAN DAN BERTAQWA
"Sesungguhnya kalau mereka beriman dan bertaqwa, niscaya mereka akan mendapat pahala, dan sesungguhnya pahala dari sisi Allah adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui"
Al-Baqarah : 100
7.PAHALA PADA SISI ALLAH
"Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan apa2 yg kamu usahakan dari kebaikan bagimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa2 yg kamu kerjakan"
Al-Baqarah : 110
8. TAKKAN BERSEDIH HATI ORANG YG MENYERAHKAN DIRI KEPADA ALLAH
"Tidak demikian, bahkan siapa yg menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sìsi Allah Tuhannya, dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mdreka bersedih hati."
Al-Baqorah : 112
9.YG TAKUT PADA ALLAH AKAN DISEMPURNAKAN NIKMATNYA
"Dan dari mana saja engkau keluar, maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu sekalian berada, maka palingkanlah wajahmu kearahnya, agar tidak ada hujjah bg manusia atas kamu, kecuali orang2 yg zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kpd mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Ku sempurnakan mikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk"
Al-Baqorah : 150
10. INGATLAH ALLAH, MAKA ALLAH PUN INGAT PADAMU
"Karena itu, ingatlah Aku, nìscaya Aku ingat pula pada kamu dan berswukurlah kepada-Ku dan jgnlah kamu mengingkari nikmat-Ku"
QS Al-Baqorah : 152
11. ALLAH BESERTA ORANG2 YG SABAR
"Hai sekalian orang2 yg beriman, mintalah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan shalat. Sestngguhnya Allah beserta orang2 yg sabar"
QS. Al-Baqorah : 153
12. JANJI ALLAH : AKU MENERIMA TAUBATNYA
"Kecuali orang2 yg telah taubat, berbuat kebaikan dan menerangkan apa2 yg mereka sembunyikan, maka mereka mereka itulah yg Aku terima taubatnya dan Akulah yg Maha Penerima taubat lg Maha Penyayang"
QS. Al-Baqorah : 160
13.ALLAH BESERTA ORANG2 YG BERTAQWA
"Bulan haram dihadapi dgn bulan haram, dan pada sesuatu yg dihormati, berlaku hukum qishash. Maka barangsiapa yg menyerang kamu, maka seranglah mereka sebagaimana mereka menyerang kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang2 bertaqwa."
Al-Baqorah : 194
14. KEUTAMAAN MEMBERI PINJAMAN PADA ALLAH
"Barangsiapa yg meminjamkan kepada Allah dgn pinjaman yg baik, maka Dia melipat gandakan pembayaran itu bg nya dgn lipat ganda yg byk. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan rezeki, dan kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan"
Al-Baqorarah : 245
15.PAHALA MENAFKAHKAN HARTANYA DIJALAN ALLAH
"Perumpamaan orang2 yg menafkahkan hartanya pada jalan Allah, adalah seumpana sebuah biji yg menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap2 tangkai itu berisi seratus biji. Dan Allah melipat gandakan bg siapa yg dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas karunia-Nya lg Maha Mengetahui."
Al-Baqorah : 261.

16. YG MENDAPAT PAHALA, TIDAK MERASA KHAWATIR DAN TIDAK BERSEDIH
"Orang2 yg menafkahkan hartanya di jalan Allah, jemudian tidak diiringi apa yg dinafkahkan itu dgn menyebut-nyebut pemberian dan yg menyakitkan hati ; mereka diberi pahala disisi Tuhan mereka. Dan tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berduka."
Al-Baqorah : 262
17. JANJI ALLAH PADA ORANG YG SUKA BERKATA BAIK DAN MEMBERI MAAF
"Perkataan yg baik dan pemberian maaf, lbh baik daripada sedekah yg di iringi oleh sesuatu yg menyakitkan. Dan Allah Maha Kaya lg Maha Penyantun."
Al-Baqorah :263
18. PERUMPAMAAN BALASAN BG MEREKA YG MEMBELANJAKAN HARTANYA KARENA MENCARI RIDHA ALLAH
"Dan perumpamaan org2 yg menafkahkan hartanya karena mengharapkan keridhaan Allah dan untuk menetapkan keimanan didalam hatinya, adalah spt sebidang kebun terletak pada dataran tinggi, ditimpa hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Maka jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka disiram hujan gerimis. Dan Allah Maha Melihat apa yg kamu perbuat."
Al-Baqorah : 271

Tuesday, August 14, 2012

BUKA PUASA

 berbuka puasa bersama Ustz Hasan Razak
masjid Puan Habsah Pdg Temusu,sg.petani.



KULIAH SUBUH OLEH USTZ.AHMAD FAZDLI


Kuliah subuh disampaikan oleh Ustz.ahmad Fazdli
kuliah diadakan setiap hari dari hari ahad hingga hari khamis
hari jumaat dan sabtu disampaikan oleh ust jemputan.





SUMBANGAN KAPADA GURU-GURU,BIDAN KAMPONG OLEH MENTERI BESAR KEDAH.


Hari Penyampaian hadiah penghargaan dari kerajaan Kedah kapada bidan kampung,guru-guru 
alquran.bagi kawasan Kuala muda Yan.
bertempat di masjid Tuanku Puan Habsah,Padang Temusu,Sg.Petani,Kedah
Disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Diraja Ustaz Azizan Abd.Razak
Menteri Besar Kedah Darul Aman 
pada hari jumaat 21 Ramadhan 1433
10 augus 2012

sebahagian dari bungkusan yang akan di agihkan




 sebahagian penerima muslimat
bidan kampung


 sebahagian muslimat penerima 
dari guru-guru alquran


 Datuk Seri sedang duduk bersama dengan AdunPanatai Merdeka
cekgu lah,Ahli Parliman Sg.Petani Johari Abdul.









 Ucapan Aluan dari AdunPantai Merdeka
cekgu lah

 Ucapan dari Yang Berhormat Menteri Besar






 sebahagian Bungkusan yg.akan di berikan
kapada penerima


 hadiah di sampaikan oleh MB Kedah






 senyum lebar lepas belanja raya?....










 para penerima dari muslimat